5 UNIT UNIFORM DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM

Sabtu, 20 Februari 2016

Aktiviti-aktiviti TKRS SKSR 2015

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Perak 2015 telah diadakan di SMK Wira Jaya. SK Sungai Rokam telah diberikan tanggungjawan dan kepercayaan sebagai AJK Peralatan.

TKRS SKSR 2015 diterajui oleh En. Ahmad Saiful Anuar Jamaludin, En. Anuar Junaidi b. Md Isa, En. Shahril Anuar b. Sahabudin, Cik Chan Wei Peng, Tn. Syed Mohd Akmal b. Syed Mohd, En. Edirizal b. Yahya, Pn. Mazni bt Mat Zuki, En. Mohd Khairul Shukri b. Che Omar, Pn. Nurul Eziani bt. Zulkefli, Pn. Munirah bt. Othman dan Pn. Siti Radzian bt. Amer.

Berikut adalah beberapa foto yang merakamkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.





Aktiviti-aktiviti St. John Ambulans SKSR 2015

St. John Ambulans SK Sungai Rokam telah bergerak aktif pada tahun lepas dengan menganjurkan Perkhemahan Unit Uniform Peringkat Sekolah. St. John juga adalah salah satu unit uniform yang telah menjemput penceramah dari luar untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahlinya. St. John Ambulans SKSR pada tahun 2015 telah diterajui oleh Pn. Anis Iryani bt. Che Soh selaku Pengurus dan disokong padu oleh En. Gunalan a/l Rajahgobal dan guru-guru penasihat yang lain iaitu Pn. Mary Ann a/p Anthony Samy, En. Ahmad Fadli b. Shaharum, Cik Norehan bt. Ahmad Jalaluddin, Pn. Norazlin bt. Mohd Rusdin, Pn. Narimah bt. Zainuddin, Cik Noor Faizan bt. Mohd Azmi, Encik Ahmad Faiz b. Murad, Pn. Santha Devi a/p Krishnan dan Cik Ng Mun Pei.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar yang merakamkan aktiviti St. John 2015.
(Kredit: En. Gunalan a/l Rajahgobal)







Jumaat, 19 Februari 2016

BAHAN FAIL KOKURIKULUM

Klik Di Sini untuk Ke Drive Bahan Fail Kokurikulum

Semua pengurus Unit Uniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan boleh mendapatkan bahan untuk fail pada pautan di atas.

Khamis, 18 Februari 2016

Istiadat Unit Uniform dan Laungan Agung Pengakap

Perjumpaan 2 unit uniform diadakan pada 19 Februari 2016. Unit uniform Pengakap dan Puteri Islam mendapat giliran untuk melakukan latihan istiadat unit masing-masing pada 30 minit pertama perjumpaan.

Foto-foto di bawah merakamkan ahli pengakap dengan bimbingan Encik Norisham bin Mat Isa dan Puan Siti Norimah binti Jaafar sedang melakukan Laungan Agung.






Contoh Laungan Agung dari IPGM KPI



Nota powerpoint Laungan Agung Pengakap boleh dimuat turun pada pautan di bawah.

Laungan Agung Pengakap